NGO terbabit ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Dewan Muda Perniagaan Melayu Malaysia (DMPPM) Pahang, Gerakan Belia 4B Kuantan dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang.
Mereka meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog itu yang menghina Sultan Pahang yang mahu rakyat negeri ini tidak menyertai perhimpunan haram Bersih, Sabtu ini.
Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Wan Embong berkata, perkara itu dikesan apabila salah seorang ahlinya membuka blog berkenaan semalam.
"Saya mewakili NGO-NGO ini mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog ini termasuk menggunakan Akta Hasutan supaya gejala itu dapat disekat," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.
Kesemua NGO terbabit membuat laporan polis kira-kira pukul 6.30 petang.
Wan Emril berkata, kenyataan penulis tersebut menunjukkan dia tidak menghormati sistem beraja di negara ini.
Justeru, katanya, pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri sebaliknya menyiasat segera blog terbabit supaya institusi raja di negara ini tidak terus menjadi bahan cacian oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment