HOME, POLITIK,SUKAN

wedget

Wednesday, 10 August 2011

Majlis Makan Malam ke Majlis Memurtadkan Orang Islam Yg Dalam Kesusahan ?

Maklumat diterima bahawa ada beberapa orang Islam ke majlis yang menggunakan tajuk berbuka puasa “Thanks Giving Dinner Program Itenary” berlangsung di Dewan 3 Damansara Utama Methodist Church [Dream Centre] Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011.

Program ini dikhuatiri mengadakan satu “upacara kesyukuran” disamping menyambut orang Islam berbuka puasa..

Lebih kurang jam 9.45 malam JAIS berjaya memasuki ke Dewan 3 dan dianggarkan lebih kurang 100 orang berada dalam majlis tersebut, seterusnya JAIS terus membuat pemeriksaan dalam dewan. Pada waktu itu ada seorang pemuda sedang berucap atas pentas dewan tersebut dihadapan tetamu yang hadir.

Seorang wanita yang tertulis nama di tag nama bajunya “Sofea” menghampiri pihak JAIS dan ajak berunding diluar dewan tersebut..

Pihak JAIS berjaya mendapatkan buku pendaftaran peserta program dan merampas beberapa dokumen iaitu tentative program. Terdapat unsur unsur yang meragukan dalam tentative tersebut iaitu nyanyian lagu – Alhamdulillah & Allahuakbar…

Terdapat juga satu borang kuiz islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir dan menurut anggota JAIS yang menjaga pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang!

Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama islam yang hadir membawa anak anak kecil…

Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam [MAIS] untuk memberikan keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu :

  1. Nadeane Binti Che Mohd Salleh [Sofea] K/P: 790317-01-6XXX
  2. Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah K/P: 690327-08-6XXX
  3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir K/P: 850714-71-5XXX
  4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir K/P: 940227-02-5XXX
  5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir K/P: 900906-02-5XXX
  6. Rasyidah Binti Ab Razak K/P: 770611-01-5XXX
  7. Nur Umrah Binti Ab Razak K/P: 951003-01-6XXX
  8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan K/P: 801025-10-5XXX
  9. Faridah Binti Abdul Rahman K/P:711012-12-5XXX
  10. Nur-Al Ashikin Bt Shaikh Dawood K/P: 720803-10-5XXX
  11. Faridah Binti Abdul Latep K/P: 720422-71-5XXX
  12. Sahrunida Binti Asaad K/P: 810104-08-6XXX

GELAGAT MANUSIA DAN SYAITAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
imageManusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Isu DUMC : Pemuda UMNO tidak kompromi soal akidah, desak MB Selangor letak jawatan !

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) amat kecewa dengan Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja dilihat lesu malahan kaku dalam tindakannya menangani isu serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Kalau dilihat daripada awalnya, para pendokong pembangkang begitu beria untuk cuba mengelakkan diri dari bertanggungjawab dan terus menuding jari dengan mengatakan bahawa perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa KDYMM Sultan Selangor. Malahan, tanpa usul periksa dan semberononya, mereka juga tampil dengan dakwaan bahawa ia adalah suatu konspirasi Kerajaan Pusat.

Namun, segalanya berubah dan sepi sejurus selepas YAB Menteri Besar Selangor bersuara kerana mereka tahu bahawa pihak Kerajaan Negeri harus memikul tanggungjawab dan menjawab segala persoalan berhubung isu ini. Walau bagaimanapun, apa yang amat mengecewakan adalah adanya cubaan untuk melengah dan memerapkan isu ini dari perhatian umum dengan tiadanya sebarang tindakan susulan.

Bagi kami, helah sedemikian amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sesuatu yang amat sensitif bagi kedua-dua masyarakat Muslim dan Kristian di Malaysia, yang sedang memerhati dan mengikuti kes ini. Malangnya, disebalik kesedaran Menteri Besar tentang betapa sensitifnya kes ini, beliau telah memilih untuk berlengah dan menyorok di belakang tabir JAIS walaupun beliau sepatutnya harus segera menyiasat kes ini bagi mengambil tindakan perlu yang wajar.

Bagi masyarakat Muslim, kegusaran mereka tertumpu kepada isu murtad atau keluar agama. Ini disebabkan bukan sahaja sebarang langkah bagi mengembang kepercayaan agama lain kepada penganut Islam adalah ditegah oleh Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, malahan penukaran agama atau murtad adalah satu dosa yang amat besar di dalam Islam. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa cubaan untuk memurtadkan penganut agama Islam di gereja tersebut adalah suatu yang amat serius.

Pada waktu ini, gambaran yang sebenar masih lagi kabur. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil-wakil masyarakat Kristian berhubung isu ini, kejadian tersebut tidak lebih daripada Majlis Makan Malam Kesyukuran (a thanks giving dinner). Namun, terdapat pula pihak yang menyangkal kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa ia bukan sekadar majlis makan malam dengan bukti borang soalan tentang agama Islam yang didakwa dikoyak dan dibuang sejurus sebelum pihak penguatkuasa JAIS menyerbu masuk.

Manakala bagi masyarakat Kristian, mereka tersinggung dengan serbuan dan menganggapnya sebagai suatu penindasan, pembulian dan tiadanya sikap toleransi. Disamping itu, sudah pastinya mereka kecewa akibat disalah tuduh sekiranya dakwaan adanya usaha-usaha bagi memurtadkan orang Islam di gereja tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Oleh itu, apa yang mustahak sekali adalah bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk tampil bagi menjelaskan isu ini, sekarang tanpa bertangguh lagi.

Dalam hal ini, sekiranya Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dan Pemuda PAS telah berpuas hati dengan penjelasan JAIS, persoalannya apakah pula yang ditunggu-tunggu oleh Menteri Besar Selangor untuk mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan negeri berhubung isu ini?

Pada masa yang sama Dato’ Dr Hasan serta Pemuda PAS haruslah juga tampil ke mata umum untuk menjelaskan sebab dan asas bagi mereka berpuas hati dengan tindakan JAIS. Ini kerana kita tidak boleh menerima apa yang mereka kata bulat-bulat. Masyarakat umum juga mahu tahu apa bukti yang meyakinkan mereka untuk menyokong JAIS? Oleh itu, amatlah penting kepada masyarakat Islam dan Kristian untuk mengetahui apakah bukti dan laporan yang telah mereka terima sehingga memuaskan hati mereka dengan asas serbuan pada 3 Ogos itu.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO juga ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh terus menyalah dan menolak bantuan kemanusian atau kewangan yang dihulurkan oleh sebilangan pihak gereja kepada mereka yang dhaif dan memerlukan. Ini kerana bantuan tersebut sememangnya ditagih dan membantu golongan miskin di saat memerlukan.

Namun, apa yang tidak boleh diterima oleh orang Islam adalah apabila bantuan tersebut diberi dengan bermotif atau diselitkan dengan usaha untuk memurtadkan mereka yang mana bukan sahaja suatu yang salah bagi penganut agama Islam bahkan menyanggahi ketetapan Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama, episod sebegini merupakan suatu peringatan kepada kesemua institusi yang menyelenggarakan kutipan wang zakat untuk berusaha lebih giat di dalam mengenal pasti serta menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf penerima zakat, terutama yang fakir dan miskin. Sungguhpun kita tidak menolak inisiatif dan bantuan mana-mana pihak , tetapi institusi zakat haruslah bersedia dan mampu menjadi tempat pertama bagi orang Islam untuk memohon bantuan di kala memerlukan.

Disamping itu, kepada pihak yang beranggapan dan berkata “janganlah takut tak keruan, takkanlah orang Islam senang sangat nak tukar agama sebab dapat bantuan”, kami nak tegaskan kepada mereka supaya berpijak di bumi yang nyata.

Ia mungkin suatu yang lunak dan mudah diungkap oleh mereka yang hidup dengan selesa berselimutkan kehidupan kelas menengah tetapi tidak sama sekali bagi sebilangan besar golongan miskin yang begitu terdesak sehingga terpaut dengan sebarang bantuan kewangan untuk menukar agama mereka. Bahkan perkara ini bukan suatu fenomena yang asing atau baru.

Sebagai kesimpulannya, Pemuda UMNO amat serius memantau isu murtad atau pertukaran agama. Bagi kami, tiada sebarang kompromi di dalam perkara yang melibatkan aspek akidah. Oleh itu, kami mendesak agar rakyat diberikan bukti dan laporan tentang perkara ini dan pada yang sama jangalah kita mudah untuk saling tuduh menuduh.

Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri Selangor harus tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama sekarang juga, tanpa berdolak-dalih lagi.

Sebarang usaha untuk melengahkannya adalah suatu yang amat tidak bertanggungjawab dan dan hanya menempah ketidakstabilan rakyat dan negara. Sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorokkan perkara ini dari rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sahaja sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar.

PANAS!! BUKA PUASA DI GEREJA ULAMA MUDA UMNO BERSUARA!


Video yang perlu di dengar dengan baik agar kita dapat menilai apa yang baik dan buruk.

GEMPAR!!! Hidangan Babi untuk Ramadhan.. The Star HINA Islam..

Apa pandangan korang bila hidangan untuk berbuka puasa diselitkan iklan BABI PANGGANG? Ni bukan terjadi diluar negara beb.. Ni benar-benar terjadi dalam Malaysia...

Ni baru lah betul hina Islam.. Kalau setakat iklan Media Prima pasal sahur yang Pemuda PAS Selangor dok meroyan tu, itu bukan hina islam baii..

Akhbar The Star semalam mengiklankan hidangan "Morganfield's Sticky Bones" dibawah ruangan Ramadhan Delight..

Korang tahu tak apa menatang maksud "Morganfield's Sticky Bones" tu beb? Kat bawah gambar tu dorang letak description.., "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds"...

Amacam? Best tak?

Gua ingat lagi bila puak-puak cina kiasu marahkan TV8 pasal iklan menjaga sensitiviti umat Islam di Pasar Ramadhan.. Tapi apa pulak kata cina-cina kiasu pasal iklan Ramadhan Delight The Star ni?

Memang perangai puak-puak kafir ni dah makin melampau.. Kalau kena sikit kat bangsa dorang.., habis satu negara dorang heboh dan meroyan..

Tapi bila kena dekat umat melayu/Islam.., dorang buat dek bodoh jee... Hamlau betull..

Malangnya ada jugak orang melayu sendiri yang sanggup menyokong bermati-matian untuk puak-puak cina kiasu tu semua..

Kononnya kalau bela nasib melayu tu adalah Assobiyah.. Sebab tu dorang jadi pembela kepada kafir.. Bengong!!!