HOME, POLITIK,SUKAN

wedget

Tuesday, 16 August 2011

Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.
Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

Pengawal didakwa bunuh timbalan pengarah veterinar

Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas tuduhan membunuh timbalan pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, di sebuah pangsapuri di Ulu Kinta, 3 Ogos lepas.

Syahmie Hassan, 20, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Akmal Mustafa Kamal.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Syahmie didakwa membunuh Dr Rohani Kasim, 38, di sebuah pangsapuri beralamat Blok F, Tingkat 1, Unit 9, Persiaran Lembah Perpaduan, Permai Lake View di Ulu Kinta antara 6 petang dan jam 7.30 malam 3 Ogos lepas.

Bagi kesalahan itu, pengawal keselamatan terbabit didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Muhammad Nor Abdurrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Di mahkamah yang sama, seorang bekas tentera didakwa terhadap pertuduhan melupuskan harta curi berupa gelang emas berbentuk sembilan urat rantai yang bernilai RM6,000 milik Dr Rohani.

Nuur Hisyam Shukor, 22, dituduh melakukan kesalahan itu di kedai jam tangan Kam Seng yang beralamat No. 55, Jalan Besar di Tanjung Malim antara 3 dan 6 petang pada 4 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Majistret Nurul Akmal Mustafa Kamal menetapkan 17 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Pakatan tuntut ketuai JK reformasi Pilihanraya

Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya, termasuk melantik pemimpin pembangkang untuk mengetuainya.

NONEDalam kenyataan Pakatan yang dibaca oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah, di satu sidang akhbar di pejabat agung PAS tengahari tadi, enam lagi syarat yang dituntut gabungan tersebut ialah:

1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.

2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.
Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.
3. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya 8 tuntutan Bersih 2.0, dan melibatkan parti-parti politik, masyarakat umum dan para akademik. Web 2.0 dan Media Sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.

4. Satu kajian bagi membanding dan mengambilpakai amalan tatacara pilihanraya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentang untuk
pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

5. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dsb yang cukup meluar, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.

6. Semua penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum, dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Lebih dari itu, tambahnya, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.
NONEMenurut kenyataan itu lagi, Pakatan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen itu.

"Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihanraya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.

"Bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta perdana menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut di dalam bidang tugas jawatankuasa khas berkenaan," tambahnya.
Menurutnya lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.

azlanMenurut kenyataan itu lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang kerajaan Umno-BN daripada memperbaiki kecacatan yang terdapat pada senarai pengundi yang telah dibangkitkan hingga ke hari ini - yang telah menghakis kebolehpercayaan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Maka diseru kerajaan pusat mengadakan satu perbicaraan awam demi mendengar kes-kes di mana nama-nama pemastautin tetap telah dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara dalam masa yang amat singkat," katanya.

BERSIH: Razak 'tukang kasut' tuntut RM10j

Seorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.

NONEMenurut notis tuntutan Abdul Razak Endot, Berita Minggu dan The New Sraits Times Press (M) sebagai penerbit dan pencetak dikehendaki mematuhi notis itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaannya.

Notis itu dihantar oleh tetuan Sazali & Lim pada 10 Ogos lalu.

Harian itu masih mempunyai seminggu untuk memenuhi tuntutan itu sebelum tindakan mahkamah dimulakan.

Menurut notis itu lagi, Berita Harian pada 10 Julai lalu didakwa membuat pernyataan berupa fitnah di muka depannya melalui foto dan kapsyen yang membawa makna Abdul Razak sebagai perusuh yang membawa pisau.

NONEAbdul Razak juga mendakwa foto itu dipinda dan/atau dikacauganggu dengan sengaja untuk memberikan gambaran dia memegang sebilah pisah dan kapsyennya pula merupakan fitnah.

"Pernyataan-pernyataan dan paparan imej/foto yang dipinda tersebut adalah palsu, tidak berasas dan merupakan fitnah jahat terhadap pelanggan kami dan dibuat dengan niat untuk memfitnah pelanggan kami dan merosokkan nama baik serta reputasi dan telah menyebabkan pelanggan kami dipandang rendah oleh masyarakat," notis itu dipetik.

Abdul Razak, 32, juga akan memulakan tindakan mahkamah tanpa sebarang makluman jika tuntutan itu tidak dipatuhi dan kos notis itu akan ditanggung oleh Berita Minggu.

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".

Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.