HOME, POLITIK,SUKAN

wedget

Wednesday, 24 August 2011

MAIN ROGOL-ROGOL: BUAT AKSI DALAM VCD LUCAH!!!!!

 

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’  begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.


Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung  sendiri berusia enam tahun.

“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.

“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.

Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.

“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.

“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.

Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.

Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.

“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.

Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.

Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.

Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.

Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.


SAPA YANG DIPERSALAHKAN?????

*MASYALLAH.. SAMA-SAMALAH KITA MENANGANI KES SEBEGINI.. KAN DAH CAKAP GELAGAT ARTIS SEKARANG NI PUN KADANG-KADANG MENJADI IKUTAN.
SELMATKAN LA ANAK-ANAK DARI TERJEBAK KEPADA PERKARA MAKSIAT..NAHUZUBILLAH!!

PANAS JANGAN TENGOK: GAMBAR ARTIS TAK DAPAT TAHAN NAFSU DITEMPAT AWAM


  Apalah nak jadi dengan artis Malaysia ini yang tanpa segan silu melakukan aksi yang tak senonoh ini. PPJ malas nak bagi tahu nama artis ini kerana mungkin ada yang dah tahu.
  Apa pun artis-artis dinasihatkan agar menjaga tingkahlaku kerana takut ianya menjadi ikutan kepada generasi muda hari ini yang mudah terpengaruh..ish ish!!!!!!!!

Isu gereja: Jangan hina anak guam kami

Peguam yang mewakili 12 orang Islam yang terbabit dalam kontroversi ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di majlis makan malam amal anjuran Harapan Komuniti di Dream Centre pada 3 Ogos lalu berkata, mereka tidak sepatutnya dicemuh dan dihina, terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.

"Sebagai peguam syarie mereka, saya perlu mengingatkan semua pihak untuk menahan diri daripada menuduh mana-mana orang Islam sebagai murtad yang boleh sama seperti kesalahan 'Takfir'," kata peguam Muhammad Burok.

Takfir bermaksud mengkafir orang Islam yang lain.

Muhammad meminta semua pihak supaya bertindak dengan introspeksi dan berhati-hati "agar kita boleh membantu pentadbiran keadilan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang".

"Marilah kita semua berdoa agar keributan yang telah menyebabkan ketegangan dalam hubungan masyarakat kita, akan berlalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kontroversi tersebut, terdapat sentimen awam sedang ditiup dalam pelbagai media cetak dan elektronik, termasuk dalam blog, dengan cara yang menghasut ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

"Ini adalah sangat dikesali," tambahnya.

Menurutnya, beberapa penerbitan dan posting amat tidak bertanggungjawab dengan mendedahkan identiti dan butir peribadi pelanggannya, dan mendedahkan mereka bukan sahaja kepada cemuhan dan hinaan awam, tetapi juga kepada gangguan yang boleh membahaya keselamatan diri mereka.

"Kami menyeru semua pihak yang terlibat dalam media untuk bertindak dengan akal dan kebijaksanaan dengan menahan diri daripada membuat apa-apa penerbitan dan posting sedemikian supaya kita boleh membawa ketenangan dan perspektif pelbagai budaya dan agama dalam masyarakat kita," katanya.

Kepada agensi-agensi penyiasatan dan pegawai-pegawai mereka pula, Muhammad meminta mereka supaya mengekalkan piawaian tinggi profesionalism, integriti dan kerahsiaan.