HOME, POLITIK,SUKAN

wedget

Monday, 4 July 2011

Selalu Senyum

Janganlah kita selalu memperkecilkan kebolehan seseorang, kelak kita sendiri dibodohkan...

peTUA KITA semua: NAJIB HINA KELANTAN DENGAN RASUAH STADIUM!

peTUA KITA semua: NAJIB HINA KELANTAN DENGAN RASUAH STADIUM!: "memetik berita dari malaysiakini : Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pa..."

peTUA KITA semua: KOMEN NIK AZIZ MENGENAI BERSIH 2.0

peTUA KITA semua: KOMEN NIK AZIZ MENGENAI BERSIH 2.0: "camne?? dah dengar komen Tuan Guru Nik Aziz?? Nik Aziz dah bagitaw himpunan BERSIH 2.0 adalah HALAL dari segi AGAMA dan demokrasi"

peTUA KITA semua: [MISTERI] DISEBALIK KASUT TUMIT TINGGI

peTUA KITA semua: [MISTERI] DISEBALIK KASUT TUMIT TINGGI: "huhuhuhu..takotnya…takut x baca tajuk entry tu? mesti ramai yang nak tahu apa yang misterinya dengan kasut tumit tinggi ni..takut kan? hihih..."

peTUA KITA semua: [WAJIB BACA!!] FACEBOOK : Pengumpul Gambar Awek Be...

peTUA KITA semua: [WAJIB BACA!!] FACEBOOK : Pengumpul Gambar Awek Be...: "tolong sebarkan berita ini kepada semua adik,kakak,emak,emak saudara, makwe dan isteri maing-masing..tidak lupa juga pada nenek-nenek cucu s..."

Skuad Olimpik dapat peluang layan The Blues

KUALA LUMPUR - Bagi memberikan kelonggaran skuad kendalian Datuk K. Rajagobal melakukan persiapan terbaik berdepan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, 23 Julai ini, skuad Olimpik telah diberikan penghormatan bagi menguji gergasi Liga Perdana England, Chelsea.
Perkara itu disahkan oleh pengendalinya, Ong Kim Swee yang mendapat perkhabaran itu daripada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.
Cukup gembira dengan berita tersebut, Kim Swee percaya perlawanan dengan Chelsea yang diaturkan pada 21 Julai itu nanti bakal memberikan pengalaman terbaru kepada para pemainnya.
''Saya telah dimaklumkan oleh FAM baru-baru ini bahawa skuad Olimpik akan menggalas tanggungjawab bagi perlawanan persahabatan dengan Chelsea dan saya cukup gembira.
''Bagi saya, ini satu peluang yang baik dan sukar dilepaskan. Saya percaya ia mampu meningkatkan keyakinan tambahan kepada pemain kerana mereka berdepan pemain-pemain bertaraf dunia.
''Kita jangan fikirkan mengenai keputusan tetapi apa yang lebih penting pendedahan kepada para pemain muda negara kerana mereka bakal bermain di tahap yang lebih tinggi pada pusingan kelayakan Olimpik selepas ini.
''Ini juga satu bonus buat mereka yang telah beraksi cemerlang dan mengekalkan tahap disiplin dalam dua perlawanan menentang Lebanon sehingga layak ke pusingan ketiga, " katanya yang dihubungi, semalam.
Skuad Harimau Malaya yang telah mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan menyingkirkan Taiwan berdepan jadual ketat sekiranya mahu menentang Chelsea pada 21 Julai nanti kerana dua hari selepas itu, Singapura pula bakal menanti mereka di Stadium Jalan Besar.
Keputusan yang dilakukan oleh FAM itu ternyata tepat kerana skuad Harimau Malaya mungkin mahu bertolak lebih awal ke Singapura bagi menyesuaikan diri dengan permukaan rumput tiruan yang mungkin boleh menjadi senjata tambahan kepada tuan rumah untuk mengalahkan Malaysia.
Sebelum itu, Harimau Malaya terlebih dahulu akan turun melayani kunjungan dua lagi pasukan Liga Perdana England, Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool (16 Julai).
Bagi perspektif skuad Olimpik, ia boleh dianggap persiapan tambahan selain berkelana selama sebulan di Slovakia dengan 10 hingga 12 perlawanan persahabatan telah diaturkan dan dua perlawanan menentang skuad Olimpik Austria dan Republik Czech. Mereka dijangka bertolak pada 23 Julai ini.
Selain itu, Kim Swee berkata, dia akan membuat penilaian kembali pemain yang akan dibawa ke Slovakia dan pemilihan pemain untuk menganggotai skuad Olimpik.
''Saya mempunyai kebebasan untuk melakukan penukaran pemain kerana senarai yang ditetapkan sebelum ini boleh ditukar pada bila-bila masa, selepas perlawanan terakhir Liga Super 6 Julai ini, saya akan memanggil semua pemain menjalani latihan pusat," katanya.
Namun, ditanya adakah terdapat muka baru untuk diserapkan dalam skuad Olimpik, Kim Swee berkata: ''Masih belum pasti, saya perlu berbincang dengan barisan jurulatih sebelum membuat keputusan tertentu."

Arsenal, Liverpool asah taring Harimau

SEPANG - Siri Jelajah dua kelab gergasi Liga Perdana England (EPL), Arsenal dan Liverpool bakal menjadi medan persediaan skuad Harimau Malaya sebelum menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berkata, pertemuan dengan dua kelab EPL itu sudah cukup memadai untuk mengasah kemahiran pemain-pemain negara sebelum berdepan Singapura pada 23 Julai ini.
Tambahnya, perlawanan menentang Arsenal pada 13 Julai ini dan Liverpool pada 16 Julai mampu memberi pendedahan kepada para pemain negara terutama dalam mempertingkatkan tahap kecergasan.
''Saya lihat perlawanan persahabatan ini adalah sesuatu yang baik buat pemain dan sudah tentu saya akan pastikan semua pemain memperoleh peluang sebegini.
''Ini adalah satu persediaan yang amat baik dari segi mental dan fizikal sebelum beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia,'' katanya kepada pemberita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Sementara itu, Rajagobal memberitahu, layak beraksi untuk pusingan kedua pada 23 Julai ini seakan memberi nafas baru buat pasukan kebangsaan.
''Saya yakin pemain kita mampu memberi persembahan lebih baik berbanding yang aksi pada pusingan pertama menentang Taiwan.
''Saya juga akan memberitahu pemain agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang dilakukan ketika menentang Taiwan sewaktu menghadapi Singapura nanti,'' jelas Rajagobal.

Blog Pak Karamu hina Sultan

KUANTAN 4 Julai - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap penulis blog, Pak Karamu hari ini kerana dikatakan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
NGO terbabit ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Dewan Muda Perniagaan Melayu Malaysia (DMPPM) Pahang, Gerakan Belia 4B Kuantan dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang.
Mereka meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog itu yang menghina Sultan Pahang yang mahu rakyat negeri ini tidak menyertai perhimpunan haram Bersih, Sabtu ini.
Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Wan Embong berkata, perkara itu dikesan apabila salah seorang ahlinya membuka blog berkenaan semalam.
"Saya mewakili NGO-NGO ini mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog ini termasuk menggunakan Akta Hasutan supaya gejala itu dapat disekat," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.
Kesemua NGO terbabit membuat laporan polis kira-kira pukul 6.30 petang.
Wan Emril berkata, kenyataan penulis tersebut menunjukkan dia tidak menghormati sistem beraja di negara ini.
Justeru, katanya, pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri sebaliknya menyiasat segera blog terbabit supaya institusi raja di negara ini tidak terus menjadi bahan cacian oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab.