HOME, POLITIK,SUKAN

wedget

Thursday, 22 March 2012

Melayu buku tidak bermutu

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”

“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.

“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.

“Kenapa pula Cik?”

“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!” 

Kim Kardashian Minta Syarikat Pengilat Kuku Bayar Upah Sama Rata Kepada Ibu & Adik-Beradiknya!

Meskipun dia adalah tumpuan diantara semua ‘Kardashian’, Kim Kardashian membuktikan bahawa dia adalah seorang yang berhati murni dan bukanlah seorang yang tamak apabila meminta syarikat pengilat kuku, OPI membayar amaun yang sama seperti dirinya kepada ibu dan adik-beradiknya yang lain.
Kim, Kourtney, Khloe bersama dua adik tirinya, Kendall dan Kylie serta ibu mereka, Kris Jenner telah dilantik sebagai jurucakap OPI pada Mac lalu untuk rangkaian pengilat kuku yang menampilkan pilihan warna mereka.
Menurut TMZ, syarikat pengilat kuku terbesar itu bersetuju membayar wang pendahuluan kepada keluarga bintang realiti itu sebanyak USD 600,000 dan berjanji akan memberi mereka royalti daripada keuntungan jualan pengilat kuku berkenaan. Daripada kontrak perjanjian tersebut, Kim membahagikan hasil wang pendahuluan tersebut sama rata kepada lima ahli keluarganya itu, di mana setiap seorang memperolehi USD100,000.
Selain itu juga, perjanjian bayaran turut menyebut bahawa setiap bayaran kepada setiap bintang realiti tersebut perlulah disalurkan terus ke akaun syraikat masing-masing memandangkan setiap dari mereka memiliki akaun kebajikan seperti Khloemoney Inc. dan 2Die4Kourt inc.
Koleksi pengilat kuku berinspirasikan percutian dan bertemakan ‘Kardashian Kolor’, menampilkan 14 jenis warna yang setiap satunya menggunakan nama setiap enam orang figura siri ‘Keepin’ Up with the Kardashian’ ini. Antaranya seperti, ‘Kim-pletely in Love’, ‘All Kendall-ed Up’, ‘Wear Something Spar-Kylie, ‘Seal with a Kris’, ‘Khloe Had a Little Lam-Lam’ dan ‘Hard Kourt Fashionista’.

promosi sabun dan syampo

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.” 

NAFSU MENGUASAI DIRI

Dunia sudah semakin merimaskan.. Ada saja cerita yang tak sedap didengar berlaku hari-hari tentang kerakusan nafsu manusia zaman sekarang..

Tak kira yang bujang, atau laki dan bini orang, semuanya jadi buta kerana bertuhankan benda di celah kelangkang.. 

Sapa yang nak dipersalahkan? Diri sendiri lah beb.. Tuhan bagi akal untuk digunakan, bukannya untuk dijadikan barang perhiasan.. 

Metro melaporkan.., seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah Melaka, pagi kelmarin.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya