HOME, POLITIK,SUKAN

wedget

Saturday, 9 March 2013

DOA


KHAS UNTUK WANITA

Doa ini adalah doa sahih yang dibaca oleh Sarah,
isteri Nabi Ibrahim yang menyebabkan para lelaki
yang zalim termasuk rajanya sendiri melarikan diri.

Asalnya raja tersebut ingin merogol wanita
tersebut (Sarah kalau tak silap), kemudian setelah
wanita itu membaca doa ini raja tersebut rasa
menggigil dan akhirnya tak jadi nak
menganiayanya dan beredar dari situ. Kisah yang
panjang dan menarik, diringkaskan.

harap doa ini dapat diamalkan.

Nota:
Walau bagai mana pun pakaian kita pun mestilah menuruh perintah Allah, jika tidak macam mana Allah hendak makbur kan doa itukan. :)
KHAS UNTUK WANITA

Doa ini adalah doa sahih yang dibaca oleh Sarah,
isteri Nabi Ibrahim yang menyebabkan para lelaki
yang zalim termasuk rajanya sendiri melarikan diri.

Asalnya raja tersebut ingin merogol wanita
tersebut (Sarah kalau tak silap), kemudian setelah
wanita itu membaca doa ini raja tersebut rasa
menggigil dan akhirnya tak jadi nak
menganiayanya dan beredar dari situ. Kisah yang
panjang dan menarik, diringkaskan.

harap doa ini dapat diamalkan.

Nota:
Walau bagai mana pun pakaian kita pun mestilah menuruh perintah Allah, jika tidak macam mana Allah hendak makbur kan doa itukan. :)

SUMBANGAN


Mereka sedang menyerahkan jiwa raga dalam mencurah khidmat bakti dan berjuang bagi mendaulatkan negara di Sabah" - Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara. 

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Di atas rasa simpati, Persatuan Kaum Sikh telah berjaya mengumpul sebanyak RM30,000 sebagai suntikan semangat kepada para pewaris perwira menentang pengganas di Pantai Timur Sabah.

Pada satu Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Perwira yang mendaulatkan negara di Sabah, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara hadir menerima cek daripada Presiden Gurdwara Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, DSP Mender Singh untuk disumbang kepada waris perwira serta anggota yang cedera berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna. 

"Saya merasa amat terharu dan merakamkan setinggi penghargaan kepada masyarakat Sikh di atas sumbangan ini. Saya yakin sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia, samada kaum Sikh, Melayu, Cina, India dan lain-lain, tanpa mengira batasan agama, bangsa dan budaya, tentulah perwira-perwira kita akan lebih bersemangat dalam meneruskan operasi yang dinamakan 'Op Daulat', untuk menghapuskan pengkhianat dan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara kita", ujar Timbalan Ketua Polis Negara di dalam ucapan beliau. — MASYARAKAT SIKH SUMBANG CEK KEPADA PEWARIS PERWIRA TANAHAIR 

27 lelaki dalam tiga bot ditahan di pantai Tanjung Batu

Seramai 27 lelaki dalam tiga buah bot ditahan pagi ini di kawasan pantai Tanjung Batu, Lahad Datu berhampiran zon operasi di mana pasukan keselamatan melancarkan gerakan mengusir penceroboh Sulu,  kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONE"Kami telah menyerahkan mereka kepada Ibu Pejabat Polis 
Daerah Lahad Datu untuk siasatan.

"Kita tidak mahu sesiapa pun memasuki kawasan operasi. Ia akan menjejaskan operasi dan membahayakan nyawa," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Residence Sabahat, Lahad Datu, pagi ini.

Ismail berkata tidak jelas sama ada mereka cuba memasuki zon operasi atau meninggalkannya, dan polis masih menyiasat motif mereka.

Ismail berkata mereka yang mendakwa ingin menangkap ikan, ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu, dan menyerahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

map sabah lahad datuBagaimanapun, Ismail berkata, tiada senjata ditemui di dalam 
bot mereka. Beliau juga tidak mendedahkan kerakyatan mereka yang ditahan itu.

Dengan ini, jumlah tangkapan suspek berhubung krisis Sabah yang bermula 12 Februari lalu ialah 106 orang.

Dalam sempadan operasi yang terdiri daripada Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, Ismail berkata tidak ada perkembangan baru selain daripada seorang penceroboh ditembak oleh oleh pasukan 

Zulkifli Nordin mohon maaf pada Dr Mahathir


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di Pasir Mas apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.
    
abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 zulkifli nordin
Zulkifli (kiri), yang sempat berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.
    
"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.
    
Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.
    
"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.
    
Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.
    
Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.
    
Naib Presiden PERKASA itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, dalam pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.

JANGAN RASA MALU

AKHIRAT DI DAHULUKAN.

PERJUANGAN




BARISAN KITA YANG IKHLAS BERBAKTI

PERJANJIAN

INI YANG PATUT SULTAN SULU BACA.....