HOME, POLITIK,SUKAN

wedget

Tuesday, 5 July 2011

Penganjur batal demonstrasi jalanan Bersih

KUALA LUMPUR 5 Julai - Penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju untuk membatalkan demonstrasi jalanan dan menerima tawaran kerajaan mengadakannya di sebuah stadium yang belum ditetapkan lagi lokasinya, Sabtu ini.
Persetujuan itu dicapai selepas Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
Ambiga semasa ditemui di pintu belakang Istana Negara selepas pertemuan kira-kira sejam itu berkata, lokasi stadium akan ditentukan dalam perbincangan dengan kerajaan nanti.
"Oleh itu, tiada perhimpunan di jalanan. Kami sekarang akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium pada 9 Julai ini," jelasnya.
Ketiga-tiga mereka dilihat memasuki pekarangan Istana Negara untuk menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 1.55 petang sebelum keluar lebih sejam kemudian.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kesediaan kerajaan menyediakan stadium untuk perhimpunan Bersih bagi mengelakkan demonstrasi jalanan yang dilihat mempunyai agenda tersembunyi.
Ambiga menjelaskan isu keselamatan menyebabkan penganjur Bersih menukar lokasi perhimpunan.
Beliau turut yakin penyokong Bersih akan mematuhi hasrat mereka untuk meneruskan perhimpunan di stadium dan bukannya di jalanan.

No comments:

Post a Comment